Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KOTA BHARU, 11 Julai –Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan syawal tahun ini, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan telah menganjurkan beberapa program bagi berkongsi kegembiraan bersama. Pada 10 Julai yang lalu, satu sambutan hari raya aidilfitri peringkat BTN negeri telah dianjurkan dipejabat BTN Negeri Kelantan di Kota Bharu. Pelbagai agensi serta pelanggan BTN dijemput memeriahkan majlis berkenaan. Pengarah BTN Negeri Kelantan, Tuan Hj. Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim serta kakitangan BTN Negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang hadir.

Menakala pada 11 Julai pula, sebanyak 14 buah Klinik Desa sekitar Jeli dilawat oleh pegawai dan kakitangan BTN Kelantan untuk diraikan bersama bulan syawal ini. YBhg. Puan Waheeda Patuan yang merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli turut hadir menyampaikan sedikit cenderahati kepada setia Klinik Desa yang dilawati.

 

FOTO Oleh: Mohd Fauzi Shafii

Pengarah BTN Negeri Kelantan meraikan tetamu yang hadir pada majlis Sambutan Hari Raya anjuran BTN Negeri Kelantan.

 

Pengarah BTN Negeri Kelantan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

 

Majlis disambut beriah dengan kehadiran tetamu yang hadir pada majlis berenaan di Pejabat BTN Negeri Kelantan.

 

En Rozihan dan Pn Waheeda menyampaikan hamper kepada Jururawat Masyarakat, Klinik Ayer Chanal, Jeli, Kelantan. 

 

En Mohd Fauzi, Pegawai BTN Negeri Kelantan menyampaikan hamper kepada Jurarawa Masyarakat Klinik Desa Lalang Pepuyu.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top