Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

GUA MUSANG, 17 Ogos –Sebagai seorang penjawat awam, amanah yang diberikan perlu digalas dan dipelihara sehabis baik kerana ia merupakan tanggungjawab besar yang diturunkan dari Ketua Negara dan Ketua Kerajaan untuk dilaksanakan. Kesilapan kecil yang dilakukan boleh menyebabkan kepercayaan orang awam akan lutur kerana pada mereka ia merupakan isu yang sangat besar dan melibatkan integriti. Hal ini diperjelaskan secara terperinci dalam Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara Negeri Kelantan di Dewan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), KESEDAR, Gua Musang. Program ini diselaraskan oleh Encik Mohd Fauzi Shafii, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Kelantan dan dihadiri lebih 100 orang peserta. Peserta program terdiri daripada warga KESEDAR dan penjawat awam Gua Musang dan telah dirasmikan oleh YB. Tuan Aziz Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gua Musang, Kelantan.

FOTO Oleh : Mohd Fauzi Shafii

Ucapan perasmian program oleh YB Tuan Aziz Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Galas, Gua Musang.

 

Peserta program mendengar ucapan perasmian di Dewan KPTM, Gua Musang, Kelantan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top