Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KETEREH, 21 Sept. – Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan, YBhg. Tuan Hj. Mohd Fakhrurazi Hj. Abdul Rahim telah diberi penghormatan bagi menutup rasmi Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Ketereh, Kelantan. Lebih 500 orang hadirin telah hadir pada program ini. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam mendidik warga sekolah ini dalam menerapkan nilai patriotisme serta menyemai rasa cinta mereka melalui program seperti ini. Beliau mengharapkan agar ianya dijadikan contoh terbaik kepada sekolah lain dan menjadi amalan pada setiap tahun.

 

FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Che Mohd Nawi

Pengarah BTN Negeri Kelantan memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutup Bulan Kebangsaan 2017.

 

Pengarah BTN Negeri Kelantan menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi beberapa pertandingan sepanjang Bulan Kebangsaan 2017.

 

Kehadiran Pengarah BTN Negeri Kelantan disambut dengan tepukan gemuruh diiringi sama Pengetua SMKA Melor, Ketereh.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top