Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 30 Sept. – Jati diri pembina negara bangsa bermula diawal persekolahan kanak-kanak, samada melibatkan elemen spritual, rohani, emosi, fizikal dan mental awal kanak-kanak. Maka bagi merialisasikannya, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Putih telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara melibatkan guru-guru pendidikan Islam daerah terbabit. Program berlangsung pada 28 hingga 30 September 2017 di Kem Bina Negara Besut melibatkan 86 orang peserta program dibawah kendalian Puan Nor Misuari Mohamed, Penolong Pengarah BTN Negeri Kelantan. Pendekatan PKPK lebih berkesan dalam menerapkan elemen jati diri serta latihan fizikal didalam sesi riadah.

FOTO Oleh: Nor Misuari Mohamed

Pembelajaran diluar bilik darjah juga merupakan elemen penting menarik minat diaplikasikan guru-guru agama Pasir Putih.

 

Sesi Riadah peserta program mampu membina semangat disiplin dalam aspek fizikal dan mental peserta.

 

Pengukuhan kumpulan melalui kumpulan kecil merapatkan lagi ukhwa sesama mereka dalam apa jua aktiviti. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top