Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

BESUT, 10 Okt. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan sekali lagi dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Kelantan telah melaksanakan program Latihan Transformasi Negara Pegawai dan Kakitangan KEMAS Negeri Kelantan di Kem Bina Negara Besut, Terengganu. Program dibawak kendalian Encik Mohd Fauzi Shafii, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Kelantan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober 2017 dan dihadiri seramai 96 orang peserta. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Anuwar Mat Zin, Pengarah KEMAS Negeri Kelantan. Dalam ucapa beliau, program ini berupaya membentuk jati diri dan semangat kerja berkumpulan. Aspek ini amat penting dalam melahirkan warga kerja jabatan kerajaan yang lebih beretika, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan seharian mereka. Telah menjadi hasrat kerajaan pada hari ini, usaha kita bukan lagi berdikit-dikit, tetapi memerlukan lonjakkan berganda sepertimana yang diharapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

FOTO Oleh: Mohd Fauzi Shafii

Pak Manaf, Ketua Jurulatih program pada kali ini memberikan taklimat sebelum aktiviti kembara di Bukit Keluang, Besut.

 

Barisan peserta program merakamkan kenangan sebelum aktiviti kembara.

 

Pengarah KEMAS Negeri Kelantan, Encik Anuwar Mat Zain bersama-sama peserta program di KBN Besut.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018

 

Go to top