Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 31 Okt. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Latihan Transformasi Negara kakitangan KEMAS Negeri Kelantan di Kem Bina Negara Besut, Terengganu. Program selama 3 hari itu berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2017 dihadiri seramai 115 orang peserta dibawah penyelarasan Encik Mohd Fauzi Shafii, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Kelantan. Hadir merasmikan program berkenaan adalah Tuan Haji Azuwar Mat Zin, Pengarah KEMAS Negeri Kelantan. Dalam program berkenaan, peserta program telah diterapkan rasa cinta kepada negara melalui elemen-elemen perlembagaan persekutuan serta memberikan input-input isu semasa bagi penjelasan yang lebih tepat. Mereka merupakan alat sebaran yang sangat berguna dalam menyampaikan maklumat tepat dan sahih daripada kerajaan kepada rakyat. Penghargaan kepada warga KEMAS Negeri Kelantan yang telah berjaya menamatkan program berkenaan dengan jayanya sepanjang kerjasama antara KEMAS Negeri Kelantan dengan BTN Negeri Kelantan. Pihak BTN mengharapkan agar kerjasama NBOS seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

FOTO Oleh: Mohd Fauzi Shafii

Pihak pengurusan BTN Negeri Kelantan mengucapkan penghargaan kepada KEMAS negeri Kelantan bagi kerjasama sepanjang tahun 2017.

 

Kakitangan KEMAS Negeri Kelantan sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada sebarang kerjasama yang dilaksanakan. 

 

Sebahagian daripada 115 orang kakitangan KEMAS Negeri Kelantan yang hadir bagi program di KBN Besut, Terengganu.

 

Komitmen tinggi peserta program sentiasa diberikan oleh mereka dalam sebarang program yang dilaksanakan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top