Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SG. RAMBAI, 18 Feb. – Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu bentuk dokumen yang membentuk negara dan negeri didalam persekutuan. Maka ianya sentiasa berkait antara satu sama lain. Oleh itu, hubungan antara dua kerajaan ini perlu dijaga dan dipelihara bersama.

Bagi menjelaskan secara terperinci hubungan ini, satu program Sembang Santai telah berlangsung di Dataran Sabit Sungai Rambai, Melaka. Program dihadiri lebih 50 orang penduduk sekitar yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hassan Rahman, Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Menurut penyelaras program yang juga Pengarah BTN Negeri Melaka, Encik Zulkefli Saref, program ini telah memberi penerangan jelas perkaitan hubungan antara negeri dan persekutuan yang diikat melalui undang-undang yang wujud. Selain itu, beberapa isu semasa negara dan negeri dibincangkan bersama. Hadir sama berkongsi input dan pengalaman YBhg. Dr. Jasmi Ahmad, Tenaga Penggerak BTN Negeri Melaka.

BERITA / FOTO Oleh: Zulkefli Saref

Sebahagian daripada mereka yang hadir pada program berkenaan di Dataran Sg. Rambai, Melaka. 

 

Hadir sama berkongsi input dan pengalaman YBhg. Dr. Jasmi Ahmad, Tenaga Penggerak BTN Negeri Melaka.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top