Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 29 Mac – Pemudahcara Mahasiswa (PM) Universiti Malaya meneruskan legasi membentuk pelapis bakal pemimpin negara melalui Program Transformasi Pemudahcara Mahasiswa Universiti Malaya. Sejak sekian lama, PM berfungsi membantu mahasiswa baharu Universiti Malaya dalam segala urusan dari awal pendaftaran dan turut menjadi mentor dan mentee ketika pengajian mereka.

Menurut Penyelaras Program Puan Muliana Tahir, program berlangsung dari 23 hingga 29 Mac 2018 berjaya melatih seramai lebih 400 orang PM dalam dua siri program di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka. Program dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya ini merupakan program tahunan sebagai persediaan kepada mereka sebelum menerima masuk mahasiswa baharu.

Elemen-elemen kenegaraan serta nilai-nilai murni kepimpinan disampaikan melalui modul khas yang dibentuk buat mereka. Mereka yang hadir berusaha keras dalam memastikan matlamat universiti melahirkan generasi mahasiswa yang proaktif, positif dan berkebolehan dapat dicapai. Dalam masa yang sama, program ini berjaya membentuk komuniti mahasiswa Universiti Malaya yang lebih berintergrasi antara mereka.

Kebolehan yang peserta tampilkan lebih daripada biasa kerana suasana kampus telah mendidik mereka untuk menjadi yang terbaik. Kehadiran mereka ke program ini sidikit sebanyak memberikan input kenegaraan dan dalam masa yang sama berjaya mengisi nilai kepimpinan yang lebih berkualiti. Diakhir program, Puan Muliana yang juga Penolong Pengarah BTN merakamkan tahniah kepada meraka kerana memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam setiap aktiviti sepanjang program 2 siri ini berlangsung.

BERITA / FOTO Oleh: Muliana Tahir

 

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" menjadi elemen penting dalam pembentukan peribadi seorang pemimpin.

 

Komitmen mereka tidak pernah mengecewakan dengan semangat dan kepimpinan mahasiswa mereka terus diperkukuh.

 

Siri Pertama dan Siri Kedua program ini berjaya menghimpunkan lebih 400 Pemudahcara Mahasiswa Universiti Malaya.

 

Kreativiti mereka dibentuk dalam masa yang singkat, namun hasil kerja mereka sangat teliti dan tiada tandingan. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top