Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, MELAKA, 21-23 Okt. 2016 - Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka dengan kerjasama Yayasan Melaka telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Pegawai dan Kakitangan Yayasan Melaka di Kem Bina Negara Alor Gajah. Seramai 60 orang peserta telah menghadirkan diri dalam program tersebut.

 

Objektif program adalah bertujuan untuk memperkukuhkan nilai patriotisme dikalangan peserta dan pembentukan jati diri serta mentransfomasikan pasukan. Selain itu penerapan nilai-nilai kenegaraan juga diberikan kepada peserta dan secara tidak langsung peserta jelas akan dasar yang dibawa oleh kepimpinan Kerajaan Negari dan Pusat. Menjadi tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam melaksanakan apa jua dasar yang selari dengan kehendak rakyat supaya ianya telus dan berkesan.

 

Dalam sesi Wacana Minda, peserta telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Norsaiful Irwan Shah bin Alias, Penolong Pengarah BTN Melaka dengan tajuk “Negara Bernama Malaysia”. Manakala sesi tazkirah pula telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Suhaili bin Harun, Tenaga Penggerak BTN Melaka. Satu sesi perkongsian Khas juga berlangsung dan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Zaini bin Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka.

 

Sebahagian peserta yang mengikuti sesi perkongsian khas dengan

YBhg. Datuk Hj. Zaini bin Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka.

 

Kerancakkan peserta dalam sesi ice breaking yang dikendalikan oleh barisan fasilitator.

 

Johan Kumpulan Terbaik dalam siri Program kali ini dari Yayasan Melaka

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top