Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 5 April– Sebanyak dua (2) siri Program Transformasi Mahasiswa Pemudahcara Mahasiswa Universiti Malaya (UM) dilaksanakan bermula pada 1 April sehingga 6 April 2017 bertempat di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka. Seramai 397 orang yang merupakan mahasiswa UM hadir ke program yang diselaraskan oleh Cik Ekafarlina binti Saparuddin. Objektif program dilaksanakan adalah untuk meningkatkan semangat jati diri dan patriotisme bakal Pemudahcara Mahasiswa. Selain itu, program juga dilaksanakan untuk mewujudkan semangat berpasukan di kalangan bakal pemudahcara mahasiswa seterusnya memantapkan bakat kepimpinan sedia ada di kalangan mahasiswa. Bagi mencapai objektif tersebut, program diisi dengan wacana minda yang bertajuk Peranan Mahasiswa dalam Pembentukan ke arah Generasi TN50, aktiviti kenduri  rakyat bertemakan ‘Temasya Patriotik’ dan pelbagai lagi.

Gambar oleh : Cik Ekafarlina binti Saparuddin

Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh peserta program.

Penyelaras Program, Cik Ekafarlina binti Saparuddin sedang menyampaikan taklimat program.

Sebahagian daripada aktiiviti Ice Breaking.

Keseronokan dan keceriaan jelas terpancar di wajah setiap peserta.

Aktiviti gotong-royong berpasukan iaitu kenduri rakyat yang bertemakan ‘Temasya Patriotik’.

 

 
 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top