Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 21 AprilNational Blue Ocean Strategic (NBOS) diteruskan untuk siri yang ke-22 melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sembilan dengan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan. Program Latihan Transformasi Negara Penjawat Awam Negeri Sembilan telah berlangsung di Kem Bina Negara Alor Gajah pada 18 hingga 21 April 2017. Program yang diselaraskan oleh Encik Kamarulariffin Harun@Halim itu dihadiri oleh seramai 103 orang penjawat awam seluruh Negeri Sembilan.

Menurut beliau, program ini juga melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri iaitu Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menyampaikan ceramah bertajuk “Negeri Sembilan Maju dan Moden 2045”; Jabatan Muzium Negeri Sembilan dengan Wacana Minda bertajuk “Adat dan Cabaran Semasa”; Polis Diraja Malaysia dengan Wacana Minda bertajuk “Ancaman Keselamatan”; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Wacana Minda bertajuk “Intergriti Penjawat Awam dan Cabarannya”; Biro Tatanegara Negeri Sembilan dengan tajuk Wacana Minda “Negara Bernama Malaysia”. Turut disampaikan dalam program ini adalah 6 sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Rafee Hj. Madon, Tenaga Penggerak Negeri Melaka serta 6 sesi PKPK yang dikendalikan oleh Tenaga Penggerak BTN Negeri Sembilan.

Menurutnya lagi, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pengetahuan kenegaraan dan kepentingan semangat patriotisme serta mengamalkan dan menggerakan usaha yang berterusan berteraskan semangat kenegaraan selaras melalui agenda transformasi perkhidmatan awam.

 

FOTO oleh : Kamarulariffin Harun@Halim

Ketua fasilitator menyampaikan rumusan setiap kali selesai melakukan aktiviti sebagai rasional kepada apa yang peserta alami melalui pengalaman.

 

Peserta program melakukan aktiviti ice breaking menggunakan modul kondukter yang memberi maskud pemimpin dan kepimpinan. 

 

Peserta program juga mengikuti sesi tazkirah yang disampaikan oleh Tenaga Penggerak BTN Negeri Melaka. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top