Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 06 Mei– Seramai 76 orang belia dari Daerah Machang berhimpun di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka bagi menghadiri program Latihan Transformasi Negara Khas dikendalikan oleh Encik Mohd Yamani Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat. Program berkenaan berlangsung pada 4 hingga 6 mei 2017. Sesi wacana minda telah disampaikan oleh Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat. Turut dilaksanakan sesi lawatan ke bangunan bersejarah di bandaraya Melaka dalam modul Kembara Minda. Program berkenaan berjaya memupuk semangat patriotisme generasi muda serta mendidik peserta mengenali Malaysia secara keseluruhannya. Program seperti ini mampu membentuk kesatuan pemikiran belian dalam merencana generasi berwawasan menjelang tahun 2050.

 

FOTO Oleh: Mohd Yamani Abdul Rahman

Belia Machang perlu melakukan transformasi selari dengan hasrat Perdana Menteri supaya menjadi sebahagian perubahan negara.

 

Sesi Ice Breaking berjaya menjalinkan hubungan akrab antara belia Machang dan menjadi penghubung kerjasama akan datang.

 

Ikrar Rukunegara setiap pagi sebelum memulakan sebarang aktiviti bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan belia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top