Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 14 Mei– Lebih 100 orang ahli Yayasan Sakti hadir program Latihan Transformasi Negara Khas Pemimpin Masyarakat di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka. Program berkenaan dianjurkan oleh Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara (BTN) Putrajaya. Hadir merasmikan program berkenaan Datuk Seri R.S Thanenthiran, Pengerusi Yayasan Sakti Malaysia. Program yang berlangsung pada 12 hingga 14 Mei itu memfokuskan bagaimana untuk memperkasa semangat patriotik dikalangan belia kaum India serta meningkatkan rasa cinta kepada negara. Menurut penyelaras program, Encik Mohd Shafei Yaakob, mereka telah dibekalkan dengan sesi ceramah, Latihan dalam kumpulan serta latihan fizikal yang mampu menguji ketahanan fizikal peserta serta meningkatkan semangat kenegaraan.

 

 

FOTO Oleh: Mohd Shafei Yaakob

Sebahagian daripada peserta Yayasan Sakti Malaysia kelihatan ceria mengikuti sesi di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Alor Gajah, Melaka.

 

Sambutan yang amat menggalakkan peserta program menyertai program pada kali ini di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka.

 

Sesi Ice Breaking peserta program bersama sama dengan barisan fasilitator yang dijemput khas mengendalikan program pada kali ini. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top