Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 24 Mei– Bagi memperkasa penyampaian pemimpin kepada rakyat, Pemimpin Masyarakat Kawasan Pagoh dimantapkan melalui program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka. Program berlangsung dari 22 hingga 24 Mei itu dihadiri seramai 55 orang pemimpin masyarakat kawasan berkenaan dan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor iaitu Encik Mohd Akmaluddin Mudaribeni. Program berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hajah Noriah binti Mahat, Senator Dewan Negara.

Peserta program telah dibekalkan dengan maklumat terkini berkaitan dasar negara dan isu semasa. Modul Neuro Langusitic Programmme (NLP) digunakan bagi memberi ilmu baru berkaitan teknik penyampaian berkesan dalam penyampaian maklumat kepada umum. Selain itu, program ini telah memperkukuhkan persefahaman dan kerjasama dikalangan barisan pemimpin setempat. Hadir sama pada program berkenaan adalah Dr. Baharuddin Mohamad, Pegawai Khas Menteri Besar Johor.

 

FOTO Oleh: Mohd Akmaluddin Mudaribeni

YBhg. Datuk Hajjah Noriah Mahat, Senator Dewan Negara bergambar kenangan bersama sama peserta program dan urus setia program.

 

Semangat patriotik disuntik sama dalam jiwa peserta program di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka bersama sama penceramah jemputan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top