Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 09 Julai -Dalam terus menambah ilmu kenegaraan, pemimpin wanita Selayang bergabung tenaga dengan Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara (BTN) menganjurkan program Latihan Transformasi Khas di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka. Program itu berlangsung dari 8 hingga 9 julai dan dihadiri seramai 97 orang peserta program. Program yang dikendalikan oleh Encik Nordin Hamdan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Faizal Hj. Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Satu sesi wacana minda serta 5 sesi bengkel telah diberikan kepada peserta program yang berobjektifkan untuk menanam jati diri, memberi kesedaran patriotic serta membina semangat kerja berpasukan dalam organisasi.

 

FOTO Oleh: Nordin Hamdan

Semangat menyanyikan lagu patriotik merupakan salah satu cara menjiwai patriotik sebagai warga Malaysia.

 

Peserta sedang diuji oleh penyelaras program mengenai tahap pemahaman setiap peserta di Dewan Kem Bina Negara Alor Gajah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top