Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

ALOR GAJAH, 20 Julai –Melalui medium perlembagaan persekutuan, semangat kerja berpasukan dapat dijana kerana sebuah organisasi cemerlang disebabkan oleh peranan semua pihak yang dimainkan secara bersama. Negara ini wujud kerana perpaduan yang ada dalam setiap diri rakyatnya. Maka atas hasrat ini, Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan program Latihan Transformasi Negara Institut Latihan DBKL.  Program berlangsung di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka dibawah kendalian Encik Mohd Khairil Ibrahim dan disertai seramai 75 orang peserta. Pelbagai perkongsian maklumat berlangsung sepanjang program ini.

 

FOTO Oleh: Mohd Khairil Ibrahim

Peserta program sedang melaksanakan tugasan akhir program di Padang Kawad Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka.

 

Sebahagian daripada peserta program bergambar bersama-sama dengan penceramah jemputan Encik Nordin Hamdan.

 

Encik Nordin Hamdan menyampaikan perkongsian beliau bersama sama peserta program bertajuk 'Negaraku'.

 

Urusan pentadbiran diuruskan oleh jurulatih Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri di Dewan Putra 1Malaysia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top