Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 28 Julai -  Dalam memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pengetahuan kenegaraan dan kepentingan semangat patriotisme, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Penjawat Awam bagi siri ke-26. Program berlangsung di Kem Bina Negara Alor Gajah ini dikendalikan oleh Encik Kamarulariffin Harun, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Sembilan dan dihadiri seramai 90 orang peserta program. Ianya berlangsung dari 25 hingga 28 Julai 2017 dan berfokus kepada kepentingan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam serta memahami proses Transformasi Nasional 2050.

Menurut penyelaras program, 4 agensi lain turut terlibat iaitu Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Muzium Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Agensi agensi ini dijemput bagi memberikan penerangan lengkap berkaitan proses Transformasi Nasional yang bakal dilaksanakan bermula tahun ini sehingga tahun 2050 nanti. Ianya penting bagi memastikan dasar ini terlaksana dan sampai kepada golongan sasar yang sepatutnya.

FOTO Oleh: Kamarulariffin Harun

Peserta program mendaftarkan diri masing-masing di Dewan Putra 1Malaysia pada hari pertama program.

 

Aktiviti Ice Breaking berupaya membina hubungan antara peserta program walaupun hadir dari pelbagai agensi.

 

Penyampaian santai dan bersahaja antara pengkuliah dengan peserta program berupaya membina hubungan antara mereka.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top