Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 04 Ogos –Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Dr. Hj. Ghazali Othman mengharapkan agar seluruh kakitangannya menerapkan nilai patriotik dan mengukuhkan jatidiri masing-masing supaya perkihdmatan yang diberikan lebih bermakna kepada pelanggan kita. Barisan hadapan jabatan kesihatan ini perlu mengubah baik paradigm warga kesihatan terhadap sistem nilai dan kepercayaan mengenai perkhidmatan kerajaan. Dalam mentransformasi penjawat awam, satu program Latihan Transformasi Negara telah dianjurkan oleh Biro Tatanegara Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 4 hingga 6 ogos di Kem Bina Negara Alor Gajah dikendalikan oleh Encik Norsaiful Irwan Shah Alias, Penolong Pengarah BTN Negeri Melaka. Seramai 120 orang kakitangan perubatan dan pentadbiran Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin dan Hospital Besar Negeri Melaka telah hadir pada program berkenaan.

FOTO Oleh : Norsaiful Irwan Shah Alias

YBhg. Datuk Dr. Hj. Ghazali Othman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bergambar bersama-sama peserta program dan urus setia.

 

Penyelaras Program berselfie dengan peserta program selesai sahaja majlis penangguhan program di KBN Alor Gajah, Melaka.

 

Aktiviti kerja berkumpulan amat penting dalam menjalin hubungan sesama peserta program walaupun daripada hospital yang berbeza.

 

Peserta program menjamu selera beramai-ramai antara mereka didalam sesi kembara sekitar KBN Alor Gajah, Melaka.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top