Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

JASIN, 12 Ogos – Seramai lebih 500 orang telah hadir dalam perasmian program Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka di  Dataran RTC Sungai Rambai, Melaka. Program telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hassan Abd Rahman, EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka dan melepaskan lebih 200 peserta kayuhan basikal meliputi jarak kayuhan sejauh lebih 77 kilometer dari RTC Sg. Rambai ke RTC Kuala Linggi. Dalam program tersebut, beliau telah mengedarkan hampir 1,000 Jalur Gemilang kepada pelajar sekolah, JKKK dan Agensi kerajaan. Turut berlangsung pelbagai acara lain bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan 2017.

FOTO Oleh: Zulkefli Saref

Kakitangan BTN Negeri Melaka tidak ketinggalan meraikan bersama Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka.

 

Pengarah BTN Negeri Melaka bersama-sama barisan VIP yang lain dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran RTC Melaka.

 

Pengarah BTN Negeri Melaka berselfie dengan barisan penganyuh termasuk YB Datuk Hassan Abd Rahman dalam program itu. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top