Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

DURIAN DAUN, 23 Ogos –Bahagian Penjana Modal Insan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menganjurkan program Dialog Isu Semasa #Negaraku di kampus berkenaan. Program diselaraskan oleh Encik Sulhairil Hafiz Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan BTN ini telah dihadiri lebih 150 orang pensyarah dan kakitangan. Hadir sama berkongsi dapatan adalah YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor serta YBrs. Encik Ahmad Shukri Adnan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan. Melalui sesi dialog ini, peserta lebih jelas mengenai isu semasa dan dasar negara yang sedang dilegarkan dalam negara ini. Turut hadir pada program ini adalah YBhg. Tuan Zulkefli Saref, Pengarah BTN Negeri Melaka.

 

FOTO Oleh : Sulhairil Hafiz Sulaiman

Pengarah BTN Negeri Melaka, YBhg. Tuan Zulkefli Saref menyerahkan Jalur Gemilang kepada Raktor IPG Perempuan Melayu, Melaka.

 

Jalur Gemilang diedarkan kepada semua kakitangan dan pensyarah yang hadir bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan 2017.

 

Barisan penceramah dan urus setia bergambar kenangan bersama-sama dengan vip yang hadir pada program berkenaan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top