Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 26 Sept. – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Alor Gajah pada 24 hingga 26 September 2017. Program tersebut telah disertai oleh seramai 90 orang peserta terdiri daripada pelbagai gred jawatan dibawah kendalian Encik Norsaiful Irwan Shah Alias, Penolong Pengarah BTN Negeri Melaka. YBhg. Datuk Wira Hj. Yaakub Md Amin, Timbalan Pengerusi MAIM berkenan merasmikan program tersebut. Program ini berjaya menyuburkan nilai-nilai murni dan patriotik dikalangan peserta program agar ianya menjadi amalan dan teras dalam pelaksanaan tugasan harian mereka.

FOTO Oleh : Norsaiful Irwan Shah Alias

Peserta program menyelesaikan tugasan yang diberikan bersama-sama Tenaga Penggerak BTN Negeri Melaka. 

 

Pembinaan ikatan antara kakitangan MAIM memberikan impak yang maksima supaya dapat diaplikasikan terus.

 

Antara tugasan yang berjaya diselesaikan oleh peserta program bersama-sama fasilitator BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top