Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

DUYONG, 29 Sept. – Negara ini hidup kerana prinsip asas perpaduan dikalangan rakyatnya yang bertolak ansur sesama mereka. Jiwa ini perlu dikekalkan bagi memastikan keharmonian terus dirasai seluruh rakyat Malaysia kerana ianya bukan mudah untuk dicapai. Nasihat ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias, Peceramah Bebas yang dijemput dalam Program Khas Bersama Ustaz Kazim Elias pada 29 September 2017 di Dewan Terbuka Taman Seri Duyong, Seksyen 2, Melaka. Program dihadiri lebih 800 orang penduduk sekitar dan dirasmikan oleh YB Datuk Othman Mohamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Hadir sama penyelaras DUN Duyong, Datuk Zaini Ismail serta Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka, Tuan Zulkefli Saref. Program ini adalah dibawah kerjasama antara Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong Seksyen 2, Jawatankuasa Madrasah Taman Seri Duyong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

FOTO Oleh: Zulkefli Saref

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Pengarah BTN Negeri Melaka dan barisan vip yang lain hadir pada program berkenaan. 

 

Datuk Ustaz Kazim Elias, Penceramah Bebas menyampaikan ceramah beliau kepada hadirin yang hadir.

 

Peserta program memenuhi dewan terbuka dalam penganjuran program pada kali ini. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top