Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR GAJAH, 29 Okt. – Jika setiap wagra negera memahami konsep setiap agama, tidak ada agama yang menggalakkan perpecahan dan menidakkan perpaduan dalam negara ini. Prinsip bernegara dalam kalangan penjawat awam melalui penekanan konsep Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukunegara perlu dihayati secara jelas kerana ia merupakan prinsip asas perpaduan dalam negara ini. Hal ini dijelaskan secara terperinci melalui program Latihan Transformasi Negara pegawai dan kakitangan Agensi-Agensi Agama Islam Melaka pada 27 hingga 29 oktober 2017 di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Moh Ikram Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka dibawah kendalian Encik Norsaiful Irwan Shah Alias, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka. Program ini telah memberi pendedahan mengenai rencam masyarakat dan kaedah menangani ancaman keganasan persepsi serta merapatkan usrah dan ukhwah dalam kalangan penggerak utama agensi.

FOTO Oleh: Norsaiful Irwan Shah Alias.

 

Peserta program bersama-sama menyediakan jamuan makan tengahari sebagai salah satu kaedah penyatuan antara kakitangan.

 

YBhg. Tuan Haji Moh Ikram Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka bergambar kenangan bersama-sama peserta dan urus setia.

 

Penyelaras Program, YBrs. Tuan Norsaiful Irwan Shah Alias, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka menyampaikan ucapan beliau.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018

 

Go to top