Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

JASIN, 29 Okt. – Bertempat di Dewan Terbuka Taman Seri Kemendor, Jasin, Melaka telah berlangsung Program Penerangan Perlembagaan Malaysia anjuran Persatuan Wanita-Wanita Prestij Negeri Melaka dengan kerjasama beberapa agensi. Antara agensi terlibat adalah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka, Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Seri Kemendor serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Seramai lebih 300 orang hadir memeriahkan majlis yang telah dirasmikan oleh Tuan Amir Hamzah Tan Sri Aziz Tapa, Pengarah PEMBELA Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka. Program ini bertujuan untuk memberikan penerangan jelas berkaitan hak dan kepentingan Perlembagaan Persekutuan kepada ahli-ahli Persatuan Ibu-ibu Tunggal Prestij Negeri Melaka, Majlis Pembangunan Wanita Melaka dan Penduduk Taman Seri Kemendor, Jasin, Melaka. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tuan Zulkefli Saref, Pengarah BTN Negeri Melaka

FOTO Oleh: Zulkefli Saref

Sebahagian daripada peserta yang hadir bergambar kenangan bersama-sama barisan penganjur yang hadir. 

 

Penerangan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dijelaskan kepada peserta yang hadir supaya mereka faham isu semasa yang berkaitan.

 

Turut berlangsung beberapa acara lain, peserta menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh tetamu kehormat. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top