Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

NILAI, 25 Mac – Semangat sukarelawan golongan muda dalam segala aktiviti sosial dan kebajikan memang tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi membantu mereka yang amat memerlukan. Kerja sosial seperti ini timbul dari semangat kesedaran mereka sendiri. Bagi meningkatkan keberkesanan peranan mereka ini, program Khas Siswa Bantu Negara (SBN) telah dianjurkan sebanyak enam siri oleh Bahagian Mahasiwa dan Belia, Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri.

Program ini membantu mahasiswa dalam usaha menyebarluas peranan mereka dalam pembangunan negara ini. melalui semangat patriotik, maka timbul perasaan untuk bersama-sama terlibat memartabatkan tanahair ini untuk terus maju. Pada 23 hingga 25 Mac 2018, telah berlangsung SBN Siri Ke-6 di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Muhammad Suhaimi Abdul Rahman selaku Penyelaras Program, melalui program ini, seramai hampir 200 orang Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) telah bergabung dalam satu program dalam enam siri penganjuran. Program kerjasama Biro IPTS Malaysia ini banyak membantu dalam pembangunan kendiri mahasiswa dan dalam masa sama memperkukuhkan rangkaian pemimpin mahasiswa antara universiti.

Menurut Suhaimi lagi, mereka yang hadir terdiri daripada mahasiswa yang berasal dari Daerah Muar yang mana mereka berperanan besar dalam pembangunan modal insan belia muda Daerah Muar. Suhaimi yang juga Penolong Pengarah BTN turut bermula dari program-program seperti ini juga  berkongsi pengalaman menarik dengan peserta program ketika menutup rasmi program berkenaan. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada peserta program yang secara sukarela menyertai program ini.

Berita / FOTO Oleh: Muhammad Suhaimi Abd Rahman

 

Sesi Ice Breaking peserta program SBN Siri-6 bersama-sama Penyelaras Program di Dewan Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai.

 

Encik Mohd Ariff Samson, Penolong Pengarah BTN turut berkongsi ilmu dalam sesi tazkirah subuh dan maghrib di KBN Kuarters KLIA, Nilai.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top