Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 11 Apr. - Sistem pendidikan negara yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian kaum di Malaysia menjadi antara topik perbincangan dalam Program Latihan Transformasi Negara Para Muallim Negeri Sembilan. Program berlangsung pada 09 hingga 11 April 2018 di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan dengan kehadiran peserta seramai 66 orang peserta.

Menurut penyelaras program Encik Kamarulariffin Harun, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru-guru muda Negeri Sembilan agar cara pembelajaran di sekolah perlu memfokuskan aspek perpaduan serta menghargai kepelbagaian yang ada dalam Malaysia. Hari ini, pelbagai isu timbul akibat daripada salah tafsir sesetengah pihak sehingga menyebabkan ianya menjadi tular di media sosial.

Program kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ini merupakan program yang bukan julung kali diadakan. Kerjasama antara Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan adalah kesinambungan berterusan antara dua pihak. Pembangunan nilai berkaitan moral, etika dan sikap positif yang tinggi harus ditanamkan kepada semua rakyat terutama sekali kepada guru-guru muda seperti ini agar matlamat Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia tercapai.

Hadir merasmikan program berkenaan adalah YBhg. Tuan Pkharuddin Bin Hj. Ghazali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar guru-guru muda ini berusaha sedaya upaya memastikan agar setiap apa yang mereka lakukan perlukan keikhlasan dari dalam diri mereka sendiri. Apa yang dilakukan akan ada hasil kelak, tahap kesabaran dalam mendidik perlu berada pada tahap teratas dalam menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar pada hari ini.

BERITA / FOTO Oleh: Kamarulariffin Harun

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top