Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 20 Apr. – Perlembagaan Persekutuan dirangka dan perjalanannya mempunyai bidang kuasa terhadap seluruh rakyat negara ini. Nilai asas perlembagaan meletakkan agama dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. Secara jelas, perkara yang terkandung ini meletakkan nilai yang tinggi terhadap agama dimana semua agama menganjurkan nilai terbaik terhadap agama mereka. Perkara ini menjadi asas perpaduan yang wujud dalam negara dan ianya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Maka dengan asas inilah, pembangunan nilai asas moral, etika dan ‘positive thinking’ terhadap peserta Program Latihan Transformasi Negara Muallim Negeri Sembilan di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Program dikendalikan oleh YBhg. Tuan Kamarulariffin hj. Harun, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Pkharuddin Hj. Ghazali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Penyelaras program mengatakan, program ini telah memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pengetahuan kenegaraan dan kepentingan semangat patriotisme yang menjadi prinsip perjuangan BTN. Secala yang diperbincangkan dalam program ini adalah bagi memastikan gerakan berterusan semangat kenegaraan selaras dengan pelan pembangunan pendidikan Malaysia kekal subur dalam tugasan seharian mereka.

Program ini berlangsung pada 18 hingga 20 April 2018 melibatkan guru-guru muda dalam Negeri Sembilan dan menerima kehadiran peserta program seramai 67 orang. Isu semasa negara dan keselamatan turut dibincangkan dalam program ini dan telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Haji A.Karim Bin Omar. Daripada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Pihak penganjur program merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan atas usaha berterusan menjalankan kerjasama bersama-sama pihak BTN.

BERITA / FOTO Oleh: Kamarulariffin Harun @Halim

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top