Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 13 April– Berasaskan ucapan Perdana Menteri sempena Amanat Tahun Baru iaitu Tahun 2017 merupakan Tahun Penyampaian, maka Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan melakukan langkah awal memperkukuhkan agensi mereka bermula daripada kakitangan mereka. Seramai 36 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah hadir menyertai Program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut penyelaras program Encik Kamarulariffin Harun@Halim, peserta program telah diberi kesedaran dan pemahaman dalam usaha yang berterusan berteraskan semangat kenegaraan selaras dengan agenda transformasi perkhidmatan awam melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50). Walaupun ianya baru diperingkat awal, namun mereka perlu sedar dan memahami bahawa pengetahuan bernegara dan semangat patriotik adalah sesuatu yang hidup dan ianya sentiasa berlaku secara berterusan.

Menurutnya lagi, peserta juga telah melalui sesi Wacana Minda bersama Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sembilan, Encik Abu Zarin Abu Hassan dengan tajuk ceramah “Negara Bernama Malaysia”. Empat sesi tazkirah dan enam sesi PKPK telah dilalui oleh peserta program atas kendalian Tenaga Penggerak BTN Negeri Sembilan. Program bermula pada 11 April itu berakhir semalam dengan penuh semangat patriotik.

 

FOTO oleh : Kamarulariffin Harun@Halim

DISIPLIN: Dalam apa sahaja yang kita lakukan, pendekatan kita perlukan disiplin yang mampu membentuk keperibadian kita yang sebenar. 

 

Peserta program mendaftarkan diri pada hari pertama program di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. 

 

Peserta program melakukan aktiviti ice breaking bersama sama dengan barisan fasilitator yang terdiri daripada Tenaga Penggerak BTN Negeri Sembilan. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top