Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

NILAI, 14 April– Seramai 116 orang belia terdiri daripada Mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara serta Felo Muda Dakwah telah mengikuti Program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Program bermula pada 10 April itu berakhir pada 14 April 2017 dibawah kendalian M. Suhaimi Abd Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Mahasisa dan Belia, Biro Tatanegara (BTN). Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Agus Putra Apandi, Pengarah bahagian berkenaan. 

Menurut beliau, program berkenaan untuk menerapkan semangat patriotik dan jati diri kepada mahasiswa yang mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kenegaraan menurut perspektif islam serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

Sebanyak empat sesi Wacana Minda telah diikuti oleh peserta program. Wacana Minda 1 oleh Tuan Agus Putra Apandi “Negara Bernama Malaysia”; Wacana Minda 2, Encik Mohd Ariff Samson “Gagasan 1Malaysia”; Wacana Minda 3, Encik Mohd Zuhdi Abdul Samad, “Hala Tuju Negara”; Wacana Minda 4, Puan Norhafizah Mohamed Fadzil, “Membina Negara Sejahtera dan Bahagia”; Tuan Mohd Hasri Mohd Hadzir, “Perkongsian Pengalaman”. Peserta program juga telah mengikuti sesi tayangan filem patriotik, Sembilan sesi PKPK, riadah pagi dan petang serta tazkirah.

 

FOTO oleh: M. Suhaimi Abd Rahman

Peserta program menyanyikan lagu "1Malaysia" dengan penus semangat di KBN Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.

 

Tuan Agus Putra Apandi, Pengarah Bahagian Mahasiswa dan Belia menyampaikan Wacana Minda berttajuk "Negara Bernama Malaysia".

 

Sesi Perkongsian Pengalaman bersama Pegawai Khas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Encik Mohd Hasri Mohd Hadzir.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top