Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

NILAI, 29 April– Seramai 77 orang peserta program Latihan Transformasi Negara terdiri daripada kakitangan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu telah mengikuti program tersebut di Kem Bina Negara Kuarters KLIA bermula pada 27 april dan berakhir pada 29 april 2017. Program berkenaan dikendalikan oleh Puan Noriati Fatimi Ngah, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu. Program telah dirasmikan oleh Ustaz Hj. Rusdi bin Muda, Pengurus Besar syarikat berkenaan.

Menurut Puat Fatimi, program berkenaan adalah langkah awal syarikat dalam melakukan transformasi melalui elemen motivasi dan proses peningkatan profesionalisme pegawai dan kakitangan syarikat. Dalam masa yang sama, program berkenaan bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama dikalangan peserta yang berlainan skop kerja namun dibawah satu bumbung yang sama. Tidak lari dari prinsip serta visi BTN, mereka telah ditingkatkan pemahaman mengenai rasa cinta kepada negara sekaligun melalui proses konsep bernegara. Dalam pengisian program, peserta telah mendengar Wacana Minda, sesi PKPK, riadah serta pemahaman berkenaan Perlembagaan Persekutuan.

 

FOTO Oleh: Noriati Fatimi Ngah

Kakitangan syarikat merakamkan kenangan manis sebagai peserta di Kem Bina Negara Kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.

 

Perkongsian idea dan pengalaman peserta bersama sama barisan fasilitator jemputan, kebebasan bersuara digunakan sepenuhnya peserta program.

 

Elemen kerohanian tidak ditinggalkan dalam proses transformasi melalui tazkirah subuh dan magrib sepanjang program berlangsung. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top