Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

REMBAU, 14 Mei –Menyelusuri perjalanan perit agansi bernama Biro Tatanegara (BTN) boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Berdetik dari peristiwa 13 Mei 1969, satu unit dibentuk bagi memulihkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia. Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu merupakan setiausaha Majlis Gerakan Negara telah mengambil peranan membantu pulih semangat perpaduan atas peristiwa yang berlaku. Kerje buat Tun Abdullah disambut baik oleh Tan Sri Aziz Samsuddin yang bertanggungjawab meneraju Unit Penyelidikan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1974. Dibantu oleh Dato’ Shagul Hamid Abdullah yang ketika itu pegawai yang membantu melaksanakan tugas-tugas latihan terhadap belia terutama mahasiswa universiti. Tan Sri Aziz Samsuddin menyarankan agar sejarah ini perlu didokumentasikan agar ianya tidak hilang begitu sahaja.

Perhimpunan Sahabat BTN yang berlangsung di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan berjaya menghimpunkan seramai hampir 300 orang sahabat BTN yang majoritinya adalah mereka yang awal berada dalam agensi ini sebagai Tenaga Penggerak mahupun Pegawai dan Kakitangan BTN. Program tersebut berlangsung pada 11 hingga 14 Mei 2017 dipimpin oleh YBhg. Tan Sri Nordin Kardi sebagai penasihat dan dipengerusikan olah Datuk Haji Ibrahim Saad selaku Ketua Pengarah BTN. Hadir menyampaikan perkongsian pada program itu adalah YBhg. Tan Sri Aziz Samsuddin, Dato’ Shagul Hamid Abdullah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Tan Sri Musa Hassan. Antara sahabat BTN yang hadir pada program berkenaan adalah YBhg. Datuk Paduka Suhaimi Baba, Datuk Tahir, Dato Zain Badak, dan ramai lagi.

 

FOTO Oleh: Asrizal Radzi

Ikatan nilai SAHABAT itu tidak pernah lekang ditelan zaman, Tun Abdullah memeluk Tan Sri Aziz Samsuddin turut sama Dato' Shagul Hamid Abdullah.

 

Datuk Hj. Ibrahim Saad berucap ketika kehadiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, turut sama Tan Sri Nordin Kardi dan Tuan Syed Hamzah.

 

Tun Abdullah disarungkan baju 'Patriot Team'  oleh Datuk Hj. Ibrahim Saad disaksikan sama Azman Hasan, Pengerusi Keris, Tan Sri Nordin dan Sahabat lain.

 

Sesi bergambar Tun Abdullah, bersama sahabat yang lain di dataran Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

 

Di balik tabir, antara Sahabat BTN yang hadir terdiri Kakitangan BTN menyediakan jamuan kepada tetamu yang hadir.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top