Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PORT DICKSON, 16 Mei – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Seminar Cinta Negara bersama sama barisan eksekutif pertubuhan berkenaan. Program dua hari itu berlangsung pada 15 dan 16 Mei di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dikendalikan oleh Encik Sulhairil Hafiz Sulaiman. Seramai 46 orang peserta telah hadir pada program berkenaan.

Menurut beliau, program berkenaan bertujuan untuk memberikan pemahaman berkaitan perkembangan sejarah negara sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia. Dalam memahami sistem pentadbiran negara, mereka telah dibekalkan maklumat berkenaan jentera pentadbiran kerajaan tertumpu kepada sistem institusi beraja. Perpaduan dikalangan rakyat Malaysia sentiasa diperkukuh melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia. Sepanjang program, mereka juga telah melalui satu sesi Wacana Minda bertajuk ‘Bangsa Berdaulat’ serta tiga sesi PKPK dengan modul Kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan dan Nyalakan Tekad.

 

FOTO Oleh : Sulhairil Hafiz Sulaiman

Sesi PKPK dikendalikan oleh barisan fasilitator-fasilitator terdiri daripada Tenaga Pengerak BTN yang dijemput.

 

Sesi Wacana Minda bertajuk 'Bangsa Berdaulat' disampaikan oleh Penyelaras Program berkenaan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top