Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

NILAI, 26 Mei– Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan telah menerima seramai 121 orang bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke luar negera. Program dibawah kendalian Encik Suhaimi Abd Rahman ini berlangsung pada 22 hingga 26 Mei dan dirasmikan oleh Encik Agus Putra bin Apandi, Pengarah Bahagian Mahasiswa dan Belia, Biro Tatanegara (BTN), Putrajaya. Program ini dilaksanakan bagi menerapkan nilai patriotisme dan jati diri dikalangan mereka yang bakal melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda universiti luar negara. Mereka juga dibantu dalam penerangan mengenai dasar negara dan isu semasa kerana mereka juga merupakan duta kecil yang membawa imej negara ini ke luar.

Menurut penyelaras program, empat sesi wacana minda telah disampaikan oleh penceramah jemputan dengan tajuk berbeza. “Negara Bangsa Malaysia” disampaikan oleh Tuan Mohd Hasri Mohd Hadzir, Pegawai Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri; “Gagasan 1Malaysia” disampaikan oleh penyelaras program sendiri; “Membina Negara Sejahtera dan Bahagia” disampaikan oleh Encik Md Najib Rubin, Penolong Pengarah BTN; “Perlembagaan Persekutuan” disampaikan oleh Encik Suhaizan Selamat, Penolong Pengarah Kanan BTN. Satu tayangan filem patriotik dan perkongsian pengalaman turut diadakan dan sembilan sesi PKPK diberikan kepada peserta program.

 

FOTO Oleh: Suhaimi Abd Rahman

Peserta program bergambar kenang kenangan bersama penyelaras program di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Kuarters KLIA, Nilai.

 

Wacana Minda yang disampaikan oleh Encik Md Najib Rubin, Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa dan Belia, BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top