Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

NILAI, 14 Julai –Seramai 94 orang bakal mahasiswa akan ditaja pengajian mereka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Pelajar ini telah menghadiri program Latihan Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara anjuran Bahagian Mahasiswa Belia, Biro Tatanegara dibawah kendalian Cik Ekafarlina Saparuddin. Program berlangsung di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan pada 10 hingga 14 Julai 2017. Menurut beliau, program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kenegaraan menurut perspektif Maqasyid Syariah serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan serta penjelasan isu-isu semasa negara. Dalam masa yang sama , mereka telah diterakan nilai semangat patriotisme dan jati diri melalui sesi wacana minda serta PKPK.

 

FOTO Oleh: Ekafarlina Saparuddin

Wajah ceria peserta program bergambar bersama sama penyelaras program di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.

 

Penyelaras program bergambar bersama-sama peserta program di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Kuarters KLIA, Nilai.

 

Peserta program sedang menjalani ujian kefahaman terhadap apa yang mereka alami sepanjang program ini 

 

 

Sempat berselfie bersama-sama fasilitator yang terdiri daripada Tenaga Penggerak Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top