Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

REMBAU, 21 Julai– Organisasi cemerlang bermula dari dalam diri individu yang cemerlang. Dalam mencapai hasrat itu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Melaka dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Melaka telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara bagi kakitangan mereka. Seramai 50 orang kakitangan sasaran telah hadir ke Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan mengikuti program berkenaan yang berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2017. Program diselaraskan oleh YBrs. Tuan Zulkefli Saref, Pengarah BTN Negeri Melaka.

Pada program berkenaan, hadir sama adalah YBhg. Tuan Hj. Latip Mohamad, Pegawai Khas Yang Dipertua MPHTJ dan Puan Noor Bahiyah Samsul Baharin, Pengarah Bahagian Pengurusan MPHTJ. Peserta program telah diberikan latihan berkaitan pengurusan diri, organisasi dan negara menurut Perlembagaan Persekutuan. Semangat kerja berpasukan diterapkan melalui aktiviti fizikal mengunakan elemen senaman, sukan dan aktiviti kembara. dan PKPK lebih menjurus kepada teori dan praktikal. Melalui program ini, peserta mampu membangunkan potensi diri dengan penglibatan mereka secara tidak langsung dalam pembangunan organisasi dan negara ini.

 

FOTO Oleh : Zulkefli Saref

Santai tapi mencabar, itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh peserta program dalam aktiviti kembara yang dijalankan.

 

Susah senang dikongsi bersama sama antara peserta program melalui aktiviti yang dikendalikan sepanjang program ini.

 

Pengarah BTN Negeri Melaka bergambar bersama sama YBhg. Tuan Hj. Latip Mohamad dan peserta program di akhir latihan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top