Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 25 Julai – Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Program Transformasi Profesional (PTPro) siri ke 5 di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Program tersebut telah melibatkan peserta seramai 90 orang peserta daripada 20 agensi dari pelbagai kementerian dari gred jawatan 44 hingga 54. Program yang diselaraskan oleh Encik Haslizar Rozally ini berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2017 bagi memperkukuhkan semangat kerja mereka terutamanya melibatkan peranan mereka sebagai penjawat awam.

Menurut beliau, Prof Dr. Syamrahayu Ab. Aziz yang merupakan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah dijembut bagi memberikan penjelasan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dengan lebih jelas lagi kepada mereka. Dalam menjelaskan Isu Semasa Negara, YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN telah hadir pada hari pertama program. Komitmen yang diberikan oleh peserta program amat cemerlang terutamanya dalam program melibatkan aktiviti kembara (Rekreasi Fajar) yang berlangsung pada hari akhir. Konsep Rukunegara juga dijelaskan kepada peserta program. Dalam sesi tazkirah pula, penceramah jemputan khas iaitu Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia telah dijemput. Turut menyampaikan tazkirah adalah YBrs. Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, BTN.

 

FOTO Oleh: Murad Mohamad Safie

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN bergambar bersama-sama peserta program di KBN Ulu Sepri, Rembau.

 

Prof. Dr. Syamrahayu Ab. Aziz, Felo IKIM menyampaikan perkongsian beliau dengan peserta program.

 

Peserta program pada hari pendaftaran program di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

 

Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia menyampaikan tazkirah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top