Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 24 Ogos –Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Birokrat dan Korporat dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) telah menjalinkan kerjasama dalam penganjuran program Latihan Transformasi Negara melibatkan 47 orang kakitangan Telekom Malaysia Berhad. Program dikendalikan oleh Encik Haslizar Rozally ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Khalis Abd Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan TM. Nilai patriotisme dan Rukunegara diperjelaskan secara terperinci berteraskan Perlembagaan Persekutuan dalam meningkatkan semangat cinta negara peserta program. Program berlangsung di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan dari 22 hingga 24 Ogos 2017.

 

FOTO Oleh: Hazlizar Rozally

Penyelaras Program menyampaikan kata-kata aluan kepada perasmi di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Ulu Sepri, Rembau.

 

YBhg. Dato’ Khalis Abd Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan TM menyampaikan ucapan beliau kepada peserta program.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top