Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 23 Sept. – Seramai lebih 150 orang pemimpin muda Universiti Teknologi Malaysia telah hadir ke Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau dalam misi menggilap bakat kepimpinan masing-masing. Mereka ini dibentuk bakatnya melalui program Latihan Transformasi Negara mahasiswa UTM berteraskan semangat ‘Negaraku’ serta cinta negara dibawah kendalian Encik Nor Hafizan Ab Rahman, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor pada 21 hingga 23 september 2017 dan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor. Teras kenegaraan diterapkan dalam diri kepimpinan mereka agar mereka menghayati nilai kerjasama dan cinta negara merupakan tanggungjawab semua pihak.

FOTO Oleh: Nor Hafizan Ab Rahman

 

Pengarah BTN Negeri Johor bersama-sama mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, bakal peneraju kepimpinan negara. 

 

Perkongsian ilmu oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor. 

 

Aktiviti pengukuhan program oleh peserta dibantu pegawai dan fasilitator BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top