Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 28 Sept. – Telekom Malaysia (TM) Berhad dengan kerjasama Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) telah melaksanakan program Latihan Transformasi Negara bagi 52 kakitangannya di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan pada 26 hingga 28 September 2017. Program ini merupakan siri kedua selepas kejayaan siri pertama yang berlangsung awal september yang lalu. Program dibawah seliaan Encik Haslizar Rozally, Penolong Pengarah Kanan BTN ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mohd Aisha bin Jaafar, Penolong Pengurus Besar Modal Insan Kumpulan TM. Program ini berjaya meningkatkan semangat kenegaraan peserta program berasaskan Perlembagaan Persekutuan serta rukunegara. Sejarah perjuangan bangsa dihayati dengan lebih jelas berasaskan penerapan nilai-nilai patriotimse dalam profesionalisme organisasi TM.

FOTO Oleh: Murad Mohamad Safie

Sesi pendaftaran peserta program pada hari pertama di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

 

Sesi riada peserta program bersama-sama barisan jurulatih program di Padang Kawad Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau.

 

Encik Hazli Hamzah, Penolong Pengarah Kanan BTN menyampaikan wacana minda kepada peserta program. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top