Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

NILAI, 02 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah berkerjasama dengan Biro Tatanegara (BTN) melalui Bahagian Birokrat dan Korporat telah menganjurkan Program Latihan Transformasi Negara bagi pegawai dan kakitangan agensi dibawah MOA. Program berlangsung di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan ini berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November 2017 dengan penyertaan peserta seramai 55 orang dibawah kendalian Encik Fahmi Mohammed Yusof, Penolong Pengarah BTN. Program ini bertujuan untuk membentuk jatidiri dalam semangat cintakan negara serta memahami peranan mereka dalam menyumbang kejayaan kepada organisasi. Diakhir program, peserta berjaya membina dan menaikkan prestasi diri serta budaya kerja yang cemerlang bagi menaikkan imej kementerian.

FOTO Oleh: Fahmi Mohammed Yusof

 

Barisan urus setia program bergambar bersama-sama peserta program di perkarangan Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai. 

 

Pengisian program mampu memberikan perubahan yang sangat positif bagi pembangunan diri pada masa akan datang.

 

Pengukuhan program peserta program bersama-sama barisan fasilitator jemputan di Padang Kawad KBN Kuarters KLIA, Nilai. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018

 

Go to top