Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

REMBAU, 03 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Wilayah Persekutuan melatih lebih 40 orang pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan melalu program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Program berlangsung pada 1 hingga 3 November 2017 dibawah kendalian Encik Muhammad Anas Razali, Penolong Pengarah BTN dan dirasmikan oleh Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, YBhg. Puan Ummi Nasrah bt Othman.

Program berkenaan berjaya merapatkan hubungan antara kakitangan mereka dan dalam masa yang sama memupuk semangat cintakan negara melalui semangat Rukunegara, sejarah bangsa dan perlembagaan persekutuan. Pelbagai pengisian program telah dilalui oleh peserta program seperti wacana minda, latihan dalam kumpulan serta sesi riadah pagi dan petang bersama-sama barisan urus setia program. Diahkir program, peserta sangat berkeyakinan tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab penyampaian perkhidmatan kepada rakyat supaya apa yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

FOTO Oleh: Muhammad Anas Razali

Peserta program menyelesaikan tugasan yang diberi oleh fasilitator dalam sesi LDK di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Ulu Sepri, Rembau.

 

Sesi broken meal antara peserta program berjaya membina hubungan ukhwah antara mereka di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau.

 

Sesi taklimat program disampaikan oleh penyelaras program di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Ulu Sepri, Rembau. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top