Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LIPIS, 02 Apr. – “Guru Pembina Negara Bangsa” menjadi tema Sambutan Hari Guru pada tahun 2017. Melalui tema ini, banyak nilai-nilai positif yang mampu diterjemahkan oleh golongan pendidik agar menjadi inspirasi untuk memajukan negara ini. Keikhlasan dalam mendidik merupakan nilai penting dalam diri seorang pendidik. Tanpa mengira warna kulit, asal keturunan mahupun agama, segala ilmu perlu dicurah kepada modal insan negara.

Bagi memantapkan golongan pendidik ini lagi, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pahang telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis menganjurkan Seminar Cinta Negara Guru-Guru Kuala Lipis. Seramai lebih 100 orang guru-guru dari daerah berkenaan telah berhimpun di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan, Lipis bagi mendengar perkongsian maklumat daripada penceramah jemputan.

Menurut penyelaras program Puan Mastura Johar, kepentingan semangat patriotik dilihat sangat perlu bagi memastikan matlamat Dasar Pendidikan Nasional tercapai. Jika nilai patriotik tidak wujud dalam diri pendidik, mana mungkin hadir kesedaran dalam membangunkan modal insan negara ini. Pembangunan negara bermula daripada sekolah dan rumah. Gabungan dua ini akan berjaya membentuk masa depan negara yang lebih cemerlang.

Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tuan Hj. Hamizi Yaakub, Pengarah BTN Negeri Pahang yang berkonsi maklumat dan dapatan kepada peserta program.

BERITA / FOTO Oleh: Mastura Johar

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top