Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

TEMERLOH, 06 Apr. – Meskipun kita berjawatan besar, waimah sekalipun bergaji besar, jika konsep syukur tidak kita hayati sebaik mungkin, keberkatan rezki itu kurang. Maka, untuk mendapat keberkatan dalam rezki yang kita perolehi itu, bersyukur dengan apa yang kita ada kerana yang baik tidak semuanya baik, yang buruk tidak semuanya buruk.

Konsep ini dijelaskan secara terperinci oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri ketika berkongsi maklumat dan idea bersama-sama lebih 150 orang Guru-Guru Pendidikan Islam Berjawatan dalam Negeri Pahang. Program berlangsng di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Temerloh, Pahang.

Menurut penyelaras program Puan Mastura Johar yang juga Penolong Pengarah BTN Negeri Pahang, pelbagai isu ditimbulkan oleh peserta program pada ketika ini. Isu-isu ini telah menyebabkan salah tafsir beberapa pihak terutama sekali masyarakat umum yang tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Maka, BTN memainkan peranan penting dalam memberi penjelasan terus kepada mereka agar tidak timbul pelbagai persepsi negatif kepada kerajaan sediada.

Peranan penjawat awam bukan sahaja terhadap apa yang dipertanggungjawabkan, malah mereka berfungsi sebagai mata, telinga dan mulut kepada kerajaan yang memerintah. Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai bantuan dalam meringankan beban rakyat terutama sekali melibatkan kos sara hidup. Maka bersyukurlah dengan setiap daripada apa yang diusahakan oleh kerajaan.

BERITA / FOTO Oleh: Mastura Johar

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top