Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARAN, 18 Apr. – Persepsi negetif terhadap kerajaan melalui penyebaran maklumat berita tidak benar perlu dihakis dan dihindari supaya matlamat kerajaan menjadikan negara ini terus melakukan transformasi tercapai. Peranan warga pendidik menjadi keutamaan kerana mereka ini merupakan tulang belakang dalam merencana masa depan generasi Malaysia pada masa akan datang. Kesilapan mendidik bakal mewariskan negara ini ke arah kegagalan dan boleh menyebabkan generasi yang dibentuk melakukan kesilapan berulang.

Hasrat ini diterjemah melalui Program Latihan Transformasi Negara Guru-Guru Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Siri-3 di Kem Bina Negara Maran, Pahang. Program selama tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih 100 orang warga pendidik Negeri Terengganu bagi membincangkan beberapa perkara melibatkan Dasar Pendidikan Negara, Isu Semasa Negara,  serta hala tuju pendidik buat masa tempoh sehingga Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Program dibawah kendalian Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu ini merupakan program kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YBhg. Tuan Hj. Shafruddin Hj Ali Husin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Manakala majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh YB. Hj. Bazlan Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu.

Hadir sama pada program berkenaan adalah Tuan Azhar Abu Bakar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang turut sama berkongsi pengalaman dan dapatan beliau. Dalam penerangan beliau, pelbagai isu melanda profesyen pendidikan negara pada hari ini. Perubahan besar teknologi dan media sosial mendorong perkara-perkara yang sepatutnya positif telah menjadi negetif pada hari ini. Warga pendidik perlu memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan sediada dalam menyebarkan maklumat sahih kepada umum terutama sekali kepada ibu bapa, pelajar dan warga pendidik.

BERITA / FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Mohd Kamal

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top