Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUANTAN, 30 April - Kolej Universiti Widad yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Shahputra, Kuantan dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pahang, Jabatan Perdana Menteri serta Pejabat Pendidikan Daerah telah menganjurkan Seminar Transformasi Negara bertempat di Dewan Auditorium Kolej Widad baru-baru ini. Program tersebut telah dihadiri lebih 250 orang guru-guru penolong kanan sekitar Daerah Kuantan telah berjaya memperkukuhkan jati diri dan profesionalisme perguruan kea rah pembinaan modal insane yang lebih cemerlang.

Menurut penyelaras program, Puan Mastura Johar, Penolong Pengarah BTN Negeri Pahang, program berkenaan bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan pendidik dalam konteks “Guru Pembina Negara Bangsa.” Hadir sama pada program berkenaan adalah Prof. Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang dan YBhg. Tuan Hamizi Yaakub, Pengarah BTN Negeri Pahang dalam sesi forum yang dimoderatorkan oleh YBrs. Tuan Johari Budin. Tema hari Guru tahun 2018 menjadi topik perbincangan bagi memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan tercapai.

BERITA / FOTO Oleh: Mastura Johar

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top