Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BUKIT SAGU, 19 Mac – Skuad Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Pahang telah berkampung di Kem Bina Negara Bukit Sagu, Pahang bagi program Latihan Transformasi Negara Belia Pahang. Program tersebut telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac yang lalu. Menurut Penyelaras Program Encik Kamalifauzi Abdul Rashid, seramai 60 orang peserta telah hadir bagi program ini yang bertujuan untuk menerapkan nilai patriotisme kepada pemain bolasepak serta kepentingan semangat kerja sepasukan.

Menurut beliau lagi, tujuan program ini juga adalah untuk membina hubungan antara Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pahang dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang. Satu sesi Wacana Minda telah disampaikan oleh Encik Khairul Azhar Awam dengan tajuk “Patriotisme dan Ancaman Keselamatan”. Manakala sesi kuliah subuh dan maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Zainal Abidin Talib yang menyentuh hal ehwal ibadah solat, transformasi diri dan Kisah Pemuda dalam Al-Quran. Turut diadakan sesi PKPK dan riadah yang dikendalikan oleh Fasilitator dan jurulatih Tenaga Penggerak BTN Negeri Pahang.

 

Gambar oleh : Kamalifauzi Abdul Rashid

Penyelaras Program (tengah) bergambar kenangan bersama sama barisan urus setia dan peserta program di KBN Bukit Sagu, Pahang.

 

Antara pengisian Sesi PKPK bersama fasilitator dalam proses "Team Building" peserta dari Persatuan Bolasepak Pahang.

 

Tidak diabaikan sama penerapan nilai keagamaan kepada peserta program yang menunjukkan komitmen hadir setiap sesi di surau. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top