Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LIPIS, 10 April – Pemahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia perlulah menyeluruh melibatkan semua rakyat Malaysia. Tidak kira samada mereka adalah petani, penjawat awam, guru, sektor swasta dan sebagainya kerana setiap apa yang ada dalam Malaysia akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Guru pula adalah mereka yang paling dekat dengan semua golongan dimana mereka mendidik anak Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Hal ini diterjemahkan dalam Program Seminar Cinta Negara anjuran Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara (BTN) Putrajaya. Menurut penyelaras program Cik Siti Nuruain Abu, seramai 83 pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) telah hadir mengikuti program ini. Pakar Perlembagaan Persekutuan iaitu Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah hadir memberikan perkongsian beliau mengenai Perlembagaan Malaysia. Beliau telah menyentuh perkara-perkara berkaitan perlembagaan, sejarah serta Rukunegara.

Hadir sama Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, Encik Mohd Hasan Mohamed yang telah berkongsi dapatan beliau mengenai “Isu-Isu Semasa Negara”. Menurutnya lagi, program ini adalah bertujuan untuk memberikan penjelasan dan pemahaman berkenaan dengan isu-isu semasa negara serta meningkatkan kefahaman pensyarah di IPG mengenai ilmu kenegaraan terutamanya Perlembagaan Persekutuan. Pengarah IPG berkenaan YBhg. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof turut hadir merai dan menyampaikan kata aluan dalam program tersebut. 

 

FOTO oleh: Nuruain Abu

Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan menyampaikan cenderamata kepada Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Felo IKIM.

 

Turut hadir Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan (dua dari kiri), Pengarah IPGKTAA serta barisan pegawai dari BTN dan IPGKTAA. 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top