Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARAN, 13 April – Bagi memperkukuhkan hubungan dan memahami mengenai prinsip bernegara, Biro Tatanegara (BTN) melalui Bahagian Birokrat dan Korporat telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Maran, Pahang. Program berkenaan telah dihadiri seramai kira-kira 78 orang peserta terdiri daripada anggota polis serta kakitangan IPD Putrajaya. Program berlangsung dari 11 hingga 13 April 2017.

Menurut penyelaras program Tengku Bahyah Tengku Ab Jalil, program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi. Selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kenegaraan, dasar serta isu isu negara. Beberapa perkara dalam perlembagaan persekutuan juga diperbincangkan dalam beberapa sesi sepanjang program berlangsung.

Peserta program telah didedahkan dengan dua sesi Wacana Minda iaitu “Negara Berdaulat” serta “Isu-Isu Semasa Negara”. Selain itu, sesi PKPK dan riadah juga berlangsung ketika program ini berjalan. Hadir sama menyampaikan perkongsian adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN. Hadir merasmikan program berkenaan adalah Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan.

 

FOTO oleh: Tengku Bahyah Tengku Ab Jalil

 

Ketua Pengarah BTN, Pengarah Bahagian, Pegawai BTN Pahang serta Penyelaras Program bergambar dengan peserta program.

 

Ketua Pengarah BTN, YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad berkongsi dapatan beliau dengan peserta program di Dewan Putra 1Malaysia KBN Maran.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top