Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

MARAN, 21 April– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pahang hari ini selesai menganjurkan Program Latihan Transformasi Negara Birokrat Jururawat Negeri Pahang bertempat di Kem Bina Negara Maran, Pahang. Program yang dikendalikan oleh Encik Norrul Aswadi Shafri, Penolong Pengarah Kanan BTN Pahang itu dihadiri seramai 70 orang peserta terdiri daripada Penyelia Jururawar Gred U42 (Mangku), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Menurut beliau, program ini adalah untuk berkongsi pengalaman serta kemahiran dalam proses menangani persepsi dikalangan penjawat awam serta mengenalpasti peranan penjawat awam dalam menjayakan dasar kerajaan. Dalam masa yang sama, mereka dibantu dalam mewujudkan semangat kerja berpasukan antara mereka serta meningkatkan semangat cinta kepada negara. Dalam program itu, peserta telah mengikuti beberapa slot PKPK serta dua sesi Wacana Minda dengan tajuk “#Negaraku” yang disampaikan oleh penyelaras program serta tajuk “Perlembagaan Persekutuan” yang disampaikan oleh Encik Haslizar Rosally. Manakala sesi tazkirah sepanjang program berlangsung telah disampaikan oleh Ustaz Rosdi Long dengan tajuk “Kerja Suatu Ibadah”.

 

FOTO oleh: Norrul Aswadi Shafri

Peserta program bergambar bersama sama penyelaras program serta barisan urus setia di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Maran, Pahang.

 

Iltizam peserta yang kuat diterapkan melalui sesi kerohanian dalam setiap ruang yang ada sepanjang masa.

 

Keceriaan terpancar diwajah setiap peserta program dalam setiap sesi bersama barisan fasilitator program di Dewan Putra 1Malaysia.

 

Peserta program dalam sesi ice breaking di dalam Dewan Putra 1Malaysia, Kem Bina Negara Maran, Pahang.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top