Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA LIPIS, 29 April– Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan satu Program Khas Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Kem Bina Negara Lipis, Pahang. Program berlangsung dari 27 hingga 29 April itu dihadiri seramai 216 orang peserta dikendalikan oleh Encik Mohamad Yamani Abd Rahman, Penolong Pengarah bahagian berkenaan. Hadir merasmikan program berkenaan adalah YB. Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.

Program tersebut bertujuan untuk menyuntik semangat patriotisme dikalangan peserta program yang terdiri daripada masyarakat setempat sekitar Daerah Gua Musang. Selain itu, program berkenaan juga telah mewujudkan semangat kekitaan serta kesedaran dan jati diri dikalangan mereka. Hadir sama pada program YB Dato’ Mustapha Long, Tenaga Penggerak BTN Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Padang Tunku yang menyampaikan perkongsian beliau bersama peserta program. Turut berlangsung bengkel kepada peserta ketika program berlangsung.

 

FOTO Oleh: Mohamad Yamani Abd Rahman

Tengku Razaleigh Hamzah bergamber kenang kenangan bersama Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemimpin Masyarakat, BTN.

 

Sebahagian daripada peserta program gembira melaksanakan program ice breaking bagi membina kejelekitan antara peserta program.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top